KISAH TELADAN

KISAH PUTERI RASULULLAH SOLLALLOHU ALAIHI WA SALLAM, SAYYIDAH FATIMAH RODLIYALLOHU ANHA
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w. Tertetes air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kepergian isterinya yang paling dicintai, Sayyidah Khadijah. Itulah Sayyidah Fatimah r.a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini karena Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang dari empat sahabat dekat Rasulullah s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin dibanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih sayang yang sangat mendalam terhadapnya.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya,
” Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.”
(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukannya Sayyidina Ali tidak mau menyediakan seorang pembantu untuk isterinya, tetapi memang beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau tahu isterinya setiap hari bersusah payah mengurus anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih susah lagi bila terpaksa mengambil air dari tempat yang begitu jauh sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayang terhadap isterinya. Adakalanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut serta membantu Sayyidah Fatimah menggiling tepung di dapur. “Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di sela-sela kesibukan beliau yang cukup padat sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah putrinya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang menumbuk biji-biji gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengusap air matanya tatkala menyadari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangisi? Semoga Allah menggembirakanmu.”
Dengan nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu payah karena terpaksa menumbuk gandum dan mengurus segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?”
Baginda tersenyum seraya bangun dan mengambil tumbukan tepung itu. Dengan mengucapkan Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam tumbukan gandum tersebut. Dengan izin Allah, maka berputarlah tumbukan itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.
Kemudian berkatalah Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Jelas Baginda Rasul mendidik puterinya bahwa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus menatap puterinya dengan pandangan kasih sayang, “Puteriku, maukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”
Tentu saja ya Rasulullah,” jawab Sayyidah Fatimah kegirangan.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jibril telah mengajariku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu.
Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatNya.

 

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s